Assalamualaikum w.r.t,
Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menganjurkan pertandingan blog ini meskipun hanya diperingkat sekolah kami telah memperolehi penglaman yang amat bermakna bagi kami kerana berpeluang untuk menyertai pertandingan yang belum pernah dianjurkan di SMK UMAS-UMAS ini. Dalam kesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu yang menganjurkan aktiviti ini dan menjayakannya, terutama sekali kepada Cikgu Ruzainie dan Cikgu Omar Hanafie. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang menolong kami untuk menjayakan blog ini, meskipun sedikit tetapi itu sudah cukup membuat kami terharu dengan sikap mereka.
Terutama sekali bagi mereka yang memberi kami semangat untuk menyertai pertandingan blog ini.
Aidil Riswal,Mohd Faizan,Khairez Zamani,Tarmizi,Saleh,dan Khairul Nizal. Sebenarnya ramai lagi Napik,Juju,Syahfiq,Sarip, Alfa dan Johari. Cuma ini sahaja yang sempat saya download gambar mereka dari facebook. Terima kasih kekawan jasa kamu tetapku kenang >_<
Nama : Yazid bin Ahmat
Umur : 17 tahun
Hobi : Bermain Games Online, Membaca Komik, Menonton Anime
Cita-cita : >_< Belum pikir lagi..
Nama : Mhd Rizuan bin Hamid
Umur : 17 Tahun
Hobi : Bermain Bola Sepak
Cita-cita : Akauntan Bank
Apa yang penting membuat blog dalam kumpulan adalah KERJASAMA KUMPULAN
Tidak kisah menang atau pun kalah, Mulai sekarang kami akan membuat blog yang menarik dimasa akan datang. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami ^_^
No comments:
Post a Comment